IKLAN JAWATAN KOSONG KOLEJ FELCRA – TARIKH TUTUP 13 OKTOBER 2017

IKLAN JAWATAN KOSONG KOLEJ FELCRA

Kami merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah FELCRA Berhad, Syarikat Milik Kerajaan (GLC) yang terlibat dalam bidang pendidikan serta yang berkaitan dengannya. Selaras dengan perkembangan Kolej, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman, kreatif, inovatif dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan untuk bidang berkaitan sebagaimana berikut:-

1. AKAUNTAN : 1 KEKOSONGAN
(TARAF JAWATAN : KONTRAK)

Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. LELAKI sahaja;
2. Warganegara Malaysia;
3. Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
4. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
5. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
6. Mempunyai pengalaman mengendalikan akaun syarikat dan berkaitan sekurang-kurangnya TIGA (3) tahun.

– Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan FELCRA Education Services Sdn Bhd.

– Permohonan lengkap resume beserta salinan sijil berkaitan hendaklah dikemukakan secara emel kepada sitihaliza@kolejfelcra.edu.my

Tarikh Tutup Permohonan:- 13 Oktober 2017

CATATAN TAMBAHAN
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
b) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan / temuduga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kolej FELCRA.