IKLAN JAWATAN KOSONG KOLEJ FELCRA – TARIKH TUTUP 20 DISEMBER 2017

IKLAN JAWATAN KOSONG KOLEJ FELCRA – TARIKH TUTUP 20 DISEMBER 2017

IKLAN JAWATAN KOSONG KOLEJ FELCRA – TARIKH TUTUP 20 DISEMBER 2017

IKLAN JAWATAN KOSONG KOLEJ FELCRA

Kami merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah FELCRA Berhad, Syarikat Milik Kerajaan (GLC) yang terlibat dalam bidang pendidikan serta yang berkaitan dengannya. Selaras dengan perkembangan Kolej, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman, kreatif, inovatif dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan untuk bidang berkaitan sebagaimana berikut:-

1. PENOLONG EKSEKUTIF (PEROLEHAN) : 1 KEKOSONGAN
(TARAF JAWATAN : KONTRAK)
Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
4. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun di dalam bidang berkaitan.
6. Keutamaan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dengan baik (mahir dengan perisian Microsoft Words & Excel)

2. PEMBANTU EKSEKUTIF (PEMANDU) : 1 KEKOSONGAN
(TARAF JAWATAN : KONTRAK)
Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Mempunyai Lesen D / E / GDL / PSV
4. Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
5. Mempunyai pengalaman membawa bas sekurang-kurangnya 1 tahun
6. Tidak mempunyai rekod polis / jenayah
7. Boleh bekerja secara shift / kerja lebih masa
8. Menepati masa dan boleh bekerja mengikut arahan majikan

Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan FELCRA Education Services Sdn Bhd.
i) Borang permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN UNTUK JAWATAN KOSONG yang boleh dimuat turun di laman sesawang www.kolejfelcra.edu.my. Permohonan yang tidak menggunakan borang tersebut akan ditolak.

ii) Hanya satu jawatan boleh dipohon bagi setiap satu borang.
iii) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan secara emel kepada :
Timbalan Pendaftar : sitihaliza@kolejfelcra.edu.my

Tarikh Tutup Permohonan:- 20 Disember 2017

CATATAN TAMBAHAN
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
b) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kolej FELCRA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *