IKLAN JAWATAN KOSONG KOLEJ FELCRA – TARIKH TUTUP 26 APRIL 2018

IKLAN JAWATAN KOSONG KOLEJ FELCRA – TARIKH TUTUP 26 APRIL 2018

IKLAN JAWATAN KOSONG KOLEJ FELCRA

Kami merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah FELCRA Berhad, Syarikat Milik Kerajaan (GLC) yang terlibat dalam bidang pendidikan serta yang berkaitan dengannya. Selaras dengan perkembangan Kolej,kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman,kreatif,inovatif dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan untuk bidang berkaitan sebagaimana berikut:-

1. PENSYARAH (KONTRAK)
BIDANG : PENGURUSAN AMALAN HALAL

SYARAT KELAYAKAN:-

a) Terdiri daripada warganegara Malaysia;
b) Memiliki Ijazah Sarjana (Master) bidang Syariah pengkhususan dalam Pengurusan Halal dari Universiti yang diiktiraf oleh MQA dan/atau JPA dengan pencapaian minimum CGPA : 3.00;
c) Serta memperolehi pencapaian minimum CGPA 3.00 di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian);
d) Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) hendaklah dalam BIDANG yang sama;
e) Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam Industri Halal bidang makanan, kosmetik, farmaseutikal atau perundangandan standard – standard berkaitan HALAL.
f) Keutamaan kepada calon yang pernah mengikuti Kursus Eksekutif Halal dibawah mana-mana institusi yang diiktitraf di Malaysia; dan
g) Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan.

2. PENSYARAH (KONTRAK)

i) BAHASA INGGERIS
ii) PERAKAUNAN
iii) MATAPELAJARAN UMUM
iv) STATISTIK / MATEMATIK
v) PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
vi) PEMASARAN
vii) PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK
viii) PERLADANGAN

SYARAT KELAYAKAN:-

a) Terdiri daripada warganegara Malaysia;
b) Memiliki Ijazah Sarjana (Master) dari Universiti yang diiktiraf oleh MQA dan/atau JPA dalam bidang berkaitan dengan pencapaian minimum CGPA : 3.00;
c) Serta memperolehi pencapaian minimum CGPA 3.00 di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian);
d) Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) hendaklah dalam BIDANG yang sama;
e) Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan;

3. PENSYARAH (SAMBILAN)

i) EKONOMI
ii) KEWANGAN
iii) UNDANG – UNDANG*

SYARAT KELAYAKAN:-

a) Terdiri daripada warganegara Malaysia;
b) Memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti yang diiktiraf oleh MQA dan/atau JPA dalam bidang berkaitan dengan pencapaian minimum CGPA : 3.00;
c) Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan;
d) Mempunyai kelayakan profesional dalam bidang undang – undang.*

 Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan FELCRA Education Services Sdn Bhd.

Borang permohonan jawatan kosong FELCRA Education Services Sdn Bhd adalah WAJIB diisi dan boleh dimuatturun menerusi laman web www.kolejfelcra.edu.my atau datang terus ke Kolej FELCRA (Unit Pengurusan Sumber Manusia). Sila hantarkan permohonan lengkap bersama-sama gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan ke alamat berikut:-

Ketua Eksekutif
Kolej FELCRA
Bandar Baru Seberang Perak
36800 Kampung Gajah
Perak Darul Ridzuan
(u.p:Timbalan Pendaftar – PuanSitiHaliza)

(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat)
Tarikh Tutup Permohonan:-26 APRIL 2018

CATATAN TAMBAHAN
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
b) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temuduga jawatan ini adalah tanggungjawab calon sendiri.

BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG — SILA KLIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *