IKLAN JAWATAN KOSONG – PENSYARAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

IKLAN JAWATAN KOSONG KOLEJ FELCRA

Kami merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah FELCRA Berhad, Syarikat Milik Kerajaan (GLC) yang terlibat dalam bidang pendidikan serta yang berkaitan dengannya. Selaras dengan perkembangan Kolej, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman, kreatif, inovatif dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan untuk bidang berkaitan sebagaimana berikut:-

1. PENSYARAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(TARAF JAWATAN : KONTRAK)

SYARAT KELAYAKAN:-

i. Terdiri daripada warganegara Malaysia;
ii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti yang diiktiraf oleh MQA dan/atau JPA dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dengan HPNG sekurang kurangnya 3.00;
iii. Calon yang memiliki Sarjana akan diberi keutamaan;
iv. Mendapat Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kolej; dan
v. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan.

 Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan FELCRA Education Services Sdn Bhd.

i) Borang permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN UNTUK JAWATAN KOSONG yang boleh dimuat turun di laman sesawang www.kolejfelcra.edu.my. Permohonan yang tidak menggunakan borang tersebut akan ditolak.

ii) Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa menghantar borang.

iii) Hanya satu jawatan boleh dipohon bagi setiap satu borang.

iv) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KOLEJ FELCRA
BANDAR BARU SEBERANG PERAK
36800 KAMPUNG GAJAH
PERAK DARUL RIDZUAN

(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:- 14 JUN 2019 (JUMAAT)

CATATAN TAMBAHAN
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
b) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kolej FELCRA.
c) Mana-mana calon yang tidak menerima seberang makluman selepas tiga bulan adalah dianggap gagal

BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG — SILA KLIK