SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI KOLEJ FELCRA Kolej Felcra » IKLAN JAWATAN KOSONG KOLEJ FELCRA

IKLAN JAWATAN KOSONG KOLEJ FELCRA

IKLAN JAWATAN KOSONG KOLEJ FELCRA

Kami merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah FELCRA Berhad, Syarikat Milik Kerajaan (GLC) yang terlibat dalam bidang pendidikan serta yang berkaitan dengannya. Selaras dengan perkembangan Kolej, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman, kreatif, inovatif dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan untuk bidang berkaitan sebagaimana berikut:-

1. PENSYARAH (KONTRAK)

i) PEMASARAN
ii) TESL
iii) PENGAJIAN ISLAM
iv) PENGAJIAN MALAYSIA
v) STATISTIK / MATEMATIK / EKONOMI
vi) PERTANIAN
vii) PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK
viii) PERAKAUNAN
ix) BIOLOGI
x) KIMIA
xi) FIZIK
xii) PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

2. PENSYARAH (SAMBILAN)

i) PERNIAGAAN TANI / AGRIBISNES
ii) SAINS & TEKNOLOGI ISLAM
iii) SAINS TANAH
iv) UNDANG – UNDANG

SYARAT KELAYAKAN:-

i.  Terdiri daripada warganegara Malaysia;
ii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti yang diiktiraf oleh MQA dan/atau JPA dan calon yang memiliki Sarjana akan diberi keutamaan;
iii. Mendapat Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kolej; dan
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan.

Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan FELCRA Education Services Sdn Bhd.

Borang permohonan FELCRA Education Services Sdn Bhd adalah WAJIB diisi dan boleh diperolehi menerusi laman web www.kolejfelcra.edu.my atau datang terus ke Kolej FELCRA (Unit Pengurusan Sumber Manusia). Sila hantarkan permohonan lengkap bersama-sama gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil yang berkaitan telah disahkan ke alamat berikut:-

Ketua Eksekutif

Kolej FELCRA
Bandar Baru Seberang Perak
36800 Kampung Gajah
Perak Darul Ridzuan
(u.p: Timbalan Pendaftar – Puan Siti Haliza)

(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat)
Tarikh Tutup Permohonan:- 31 MAC 2017

BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG —- SILA KLIK

 

About the Author

Leave a Reply

*

captcha *