SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI KOLEJ FELCRA Kolej Felcra » IKLAN JAWATAN KOSONG KOLEJ FELCRA – TARIKH TUTUP 30 APRIL 2017

IKLAN JAWATAN KOSONG KOLEJ FELCRA – TARIKH TUTUP 30 APRIL 2017

 

IKLAN JAWATAN KOSONG KOLEJ FELCRA

Kami merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah FELCRA Berhad, Syarikat Milik Kerajaan (GLC) yang terlibat dalam bidang pendidikan serta yang berkaitan dengannya. Selaras dengan perkembangan Kolej, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman, kreatif, inovatif dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan untuk bidang berkaitan sebagaimana berikut:-

1. PENOLONG EKSEKUTIF (PENGKERANIAN/OPERASI) : 5 KEKOSONGAN (TARAF JAWATAN : KONTRAK)
Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
4. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun di dalam bidang berkaitan.
6. Keutamaan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dengan baik (mahir dengan perisian Microsoft Words & Excel)

2. PEMBANTU MAKMAL : 1 KEKOSONGAN (TARAF JAWATAN : KONTRAK)
Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat Peperiksaan tersebut;
(Keutamaan akan diberi kepada calon daripada Aliran Sains dan Kepujian dalam Subjek Fizik, Kimia dan Biologi); dan
4. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun di dalam bidang berkaitan.
6. Keutamaan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dengan baik (mahir dengan perisian Microsoft Words & Excel)

3. PENDAFTAR : 1 KEKOSONGAN (TARAF JAWATAN : KONTRAK)
Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Ijazah Sarjana atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan,
4. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun di dalam bidang pengurusan Universiti atau Kolej;

4. PENOLONG PUSTAKAWAN : 1 KEKOSONGAN (TARAF JAWATAN : KONTRAK)
Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
4. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
5. Keutamaan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dengan baik (mahir dengan perisian Microsoft Words & Excel)
atau
6. Diploma Pengurusan Perpustakaan atau Diploma Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

5. PEMANDU KENDERAAN : 1 KEKOSONGAN (TARAF JAWATAN : KONTRAK)
Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Penilaian Menengan Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
4. Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
5. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini;
6. Kepujian dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan;
7. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai lesen PSV dan GDL.
Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan FELCRA Education Services Sdn Bhd.

i) Borang permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN UNTUK JAWATAN KOSONG yang boleh dimuat turun di laman sesawang www.kolejfelcra.edu.my Permohonan yang tidak menggunakan borang tersebut akan ditolak.

ii) Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa menghantar borang.

iii) Hanya satu jawatan boleh dipohon bagi setiap satu borang.

iv) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KOLEJ FELCRA
BANDAR BARU SEBERANG PERAK
36800 KAMPUNG GAJAH
PERAK DARUL RIDZUAN

(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat)

Tarikh Tutup Permohonan:- 30 APRIL 2017

CATATAN TAMBAHAN
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
b) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kolej FELCRA.

BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG —- SILA KLIK

About the Author

Leave a Reply

*

captcha *