KEMPEN DERMA DARAH DI KOLEJ FELCRA

Unit Transfusi Darah Hospital Teluk Intan dengan kerjasama Kolej FELCRA telah menganjurkan kempen Derma Darah yang telah pun diadakan pada 17 November 2016 bertempat di Dewan Mahsuri Kolej FELCRA yang bertemakan “Setitik Darah Sejuta Harapan”.

Program tersebut bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Penganjuran program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat khasnya penduduk Kg. Gajah dan Changkat Lada disamping penderma dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi kolej FELCRA sendiri.

Penganjuran Program Derma Darah ini juga adalah menjadi sebahagian daripada komitmen dan tanggungjawab masyarakat kepada mereka yang memerlukan darah disamping menyelamatkan nyawa insan lain.

Pihak Transfusi Darah Hospital Teluk Intan berharap dapat berkerjasama lagi dengan Kolej FELCRA dalam penganjuran Program Derma Darah pada masa akan datang. Pihak kolej FELCRA juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma darah dan berharap tema kempen ini iaitu “Setitik Darah Sejuta Harapan” dapat memberi harapan disamping menyelamatkan nyawa insan lain selain untuk menambah keperluan Tabung Darah Negara.

Kepada mana-mana Unit Hospital yang ingin berkerjasama menganjurkan Program, Taklimat  atau Ceramah Kesihatan bolehlah menghubungi Kolej FELCRA di talian 05-6551190 atau 05-6551120.