KOLEJ FELCRA LEBARKAN JARINGAN KE INDONESIA

KOLEJ FELCRA LEBARKAN JARINGAN KE INDONESIA

KOLEJ FELCRA LEBARKAN JARINGAN KE INDONESIA

Jakarta: Kolej Felcra kini melebarkan jaringannya ke Indonesia apabila termatrinya Memorandum Persefahaman Antara Kolej FELCRA dengan Institut Pertanian Bogor (IPB). Majlis yang berlangsung di Jakarta itu turut disaksikan oleh Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Pengerusi FELCRA YBhg. Datuk Mohamad Nageeb bin Ahmad Abdul Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA YBhg. Tuan Nazrul Izam Mansor.

Kerjasama yang terjalin akan menfokuskan kepada pembangunan industri pertanian menerusi pertukaran pelajar, perkongsian tenaga pakar, mekanisasi pertanian dan perladangan serta penyelidikan berasaskan sumber alam. Kerjasama ini secara tidak langsung akan dapat menyokong perkhidmatan FELCRA kepada para peserta menerusi konsep pembangunan usahawan tani.

Datuk Mohamad Nageeb dalam ucapannya berkata “Kolaborasi ini juga bakal membawa hasil yang lebih positif ke arah pembangunan yang holistik sekaligus dapat membantu Kolej FELCRA agar terus kekal kompetatif dan relevan kepada industri dan negara secara keseluruhannya”.

Kolej FELCRA yang menawarkan program diperingkat Sijil dan Diploma dalam bidang Pertanian/Perladangan dan Perniagaan yakin akan dapat memanfaatkan kerjasama ini bagi mempertingkatkan kualiti para pelajarnya. Menerusi kerjasama ini, para pelajar akan berpeluang menimba ilmu di dua buah negara serta mempertingkatkan tahap kreativiti dan inovasi dalam bidang masing-masing.

Kolej FELCRA diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarahnya YBhg. Mohd Fauzi Mohd Tahir manakala IPB diwakili oleh Rektornya YBhg. Dr. Arif Satria

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *