KUNJUNGAN BALAS DELIGASI DARI INSTITUT PERTANIAN BOGOR INDONESIA (IPB)

KUNJUNGAN BALAS DELIGASI DARI INSTITUT PERTANIAN BOGOR INDONESIA (IPB)

3 Disember 2018:

Pengerusi FELCRA Berhad, YBhg. Datuk Nageeb Wahab telah menerima kunjung hormat delegasi dari Institut Pertanian Bogor (IPB), diketuai Timbalan Rektor IPB, Prof. Agus Purwito. Delegasi IPB kemudiannya mengadakan pertemuan/perbincangan dengan Datuk Nageeb dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YBhg. Encik Mohd Nazrul Izam Mansor. Hadir sama, Ketua Pegawai Komunikasi Korporat FELCRA Berhad, YBrs, Encik Mohammad Ab Rahman dan Ketua Eksekutif Kolej FELCRA, YBrs. Dr. Zaini Jamaluddin. Kunjungan ini adalah sebagai lawatan balas kepada majlis pemeteraian Memorendum Persefahaman (MoU) antara Kolej FELCRA dengan IPB di Jakarta, yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Haron, 27 Oktober lalu. Kolaborasi berkenaan bakal memberi fokus kepada pembangunan program dan aktiviti akademik, pembangunan dan pertukaran pelajar serta penyelidikan bersama. Delegasi IPB turut disertai Dr. Arif Daryanto (Dekan Sekolah Vokasi IPB); Dr. Wawan Oktariza (wakil Dekan Bidang Sumberdaya, Kerjasama dan Pengembangan Sekolah Vokasi IPB); Dr. Ir. Suwarto MS (Ketua Program Studi Teknologi & Manajemen Studi Teknologi dan Perkebunan); Dr. Ing Dase Hunaefi (Timbalan Pengarah Kerjasama dan Perhubungan Antarabangsa) serta Muhammad Yani (Koordinasi Program Antarabangsa).

Gambar 1, Gambar 2, Gambar 3, Gambar 4Gambar 5  – Sila Klik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *