MAJLIS PERASMIAN PROGRAM CERTIFICATE IN PLANTATION INDUSTRY MANAGEMENT

Seramai 25 orang staf FELCRA Berhad berjawatan Penolong Eksekutif Ladang telah ditawarkan untuk mengikuti Program Pengajian Profesional dalam bidang Certificate In Plantation Industry Management (CPIM) selama 8 bulan bermula pada 3 Mei 2016 sehingga 4 Disember 2016.

 

Mengikut modiul kursus, pada 5 bulan pertama mereka ini akan mengikuti sessi pembelajaran di Kolej FELCRA Berhad yang terletak di Seberang Perak manakala baki selebihnya selama 3 bulan lagi mereka ini akan pulang ke lokasi tempat mereka bertugas sekarang bagi tujuan menyiapkan kertas kerja untuk melengkapkan syarat program CPIM tersebut.

 

Semasa tawaran dibuka, seramai 54 orang staf ladang telah mengemukakan permohonan bagi mengikuti program ini walaubagaimanapun selepas temuduga dibuat pada 25 Mac 2016 hanya 25 orang sahaja yang telah dipilih oleh panel temuduga yang diPengerusikan oleh En. Mior Jamaluddin b. Mior Hamzah, Pengurus Besar Sumber Manusia.

 

Pengurusan Syarikat berpendapat bahawa mereka ini sebenarnya mempunyai pengalaman yang cukup lama berkhidmat dalam sektor perladangan upstream tetapi terbantut dari segi peningkatan laluan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi disebabkan tiadanya kelayakan persijilan akademik seperti ijazah dan diploma.

 

Dengan adanya Program Pengajian Profesional (PPP) ini adalah diharapkan ia akan dapat memberi peluang kepada staf yang sedia ada di sektor perladangan upstream untuk meningkatkan tahap pencapaian kelulusan persijilan mereka sehingga ke tahap Profesional Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Professional Qualifying Examination).

 

Selain itu, tujuan utama program ini juga adalah berdasarkan kepada beberapa objektif utama iaitu mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran staf kumpulan perladangan melalui sektor pembelajaran profesional yang sistematik dan tersusun. Syarikat turut berhasrat untuk melahirkan modal insan sektor perladangan yang berpengetahuan, berilmu, mahir, cekap dan berketrampilan agar dapat mempertingkat dan memartabatkan profesion perladangan supaya setanding dengan profesion profesional yang lain.

 

Program Pengajian ini adalah kerjasama di antara Kolej FELCRA dengan International Institute Of Plantation Malaysia (IIPM). Yuran pengajian ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Syarikat FELCRA Berhad.

 

Majlis perasmian program ini telah selamat diadakan pada 4 Mei 2016 bertempat di Kolej FELCRA Berhad dan ianya telah dirasmikan oleh Tuan Haji Jahare b. Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Pentadbiran dan Modal Insan.

 

Untuk melihat gambar program, anda boleh klik di pautan di bawah.

 

Sumber : http://wwwaj601.blogspot.com/2016/05/majlis-perasmian-program-certificate-in.html