NUR ALIYA BINTI A.RAMAN WAKIL KOLEJ FELCRA DALAM SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2016

Nur Aliya Binti A.Raman pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kolej FELCRA merupakan wakil kolej yang menyertai Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak 2016 yang telahpun berlangsung pada 1 Oktober 2016 bertempat di Dewan Auditorium Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Perak (JKKN), Jalan Raja Dihilir, Ipoh Perak.

Sayembara Deklamasi Puisi ini dianjurkan oleh GAPENA bersama Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri dan beberapa NGO lain yang bertujuan untuk menambahkan rasa cinta dan semangat patriotik terhadap tanah air.

Pada majlis tersebut, Nur Aliya Binti A.Raman telah menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk Merdekakah Kita hasil karya En. Hashim Yaacob.

Seluruh warga Kolej FELCRA mengucapkan tahniah kepada Nur Aliya Binti A.Raman kerana menyertai Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekkan tersebut.

Gambar