Program Asasi

Sila Tekan + Untuk Maklumat Lanjut

  • Nama Program :

Asasi Sains

  • Syarat Kemasukan:

Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 5 matapelajaran dan lulus syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi lanjutan pengajian dalam bidang berikut:

i. Lanjutan pengajian ke bidang Perubatan:
• Lulus SPM/O-LEVEL dengan mendapat Gred B untuk 5 mata pelajaran iaitu Matematik/Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan satu mata pelajaran yang lain; atau
• Lulus Unified examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B4 dalam 3 mata pelajaran iaitu mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik (atau Matematik atau Matematik Tambahan)

ii. Lanjutan pengajian ke bidang Pergigian:
• Lulus SPM/O-LEVEL dengan mendapat Gred B untuk 5 mata pelajaran iaitu Matematik/Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan satu mata pelajaran yang lain; atau
• Lulus Unified examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B4 dalam 4 mata pelajaran iaitu mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik (atau Matematik atau Matematik tambahan) dan satu mata pelajaran lain.

iii. Lanjutan pengajian ke bidang Farmasi:
• Lulus SPM/O-LEVEL dengan mendapat Gred B untuk 5 mata pelajaran iaitu Matematik/Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan satu mata pelajaran yang lain serta wajib lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam SPM atau setara

iv. Lanjutan pengajian ke bidang Sains Kesihatan Bersekutu:
Lulus SPM/O-LEVEL dengan mendapat kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk 4 daripada mata pelajaran berikut:
• Biologi
• Fizik
• Matematik
• Kimia

ATAU

Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 daripada mata pelajaran berikut:
• Biologi
• Fizik/Matematik
• Kimia

v. Lanjutan pengajian ke bidang Kejuruteraan:
• Lulus SPM/O-LEVEL dengan mendapat Kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk Matematik dan salah satu mata pelajaran Fizik dan 3 mata pelajran lain atau kelayakan lain yang setara dengannya; atau
• Lulus Unified examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran termasuk Matematik dan Fizik serta 1 mata pelajaran lain atau kelayakan lain yang setara dengannya.

vi. Lanjutan pengajian ke bidang Alam Bina:
• Lulus SPM/O-LEVEL dengan mendapat Kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk Matematik atau kelayakan lain yang setara dengannya; atau
• Lulus Unified examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran termasuk Matematik atau kelayakan lain yang setara dengannya.

vii. Lanjutan pengajian ke bidang Sains yang lain:
• Lulus SPM/O-LEVEL dengan mendapat Kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk Matematik dan 2 mata pelajaran Sains; atau
• Lulus Unified examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran termasuk Matematik dan 2 mata pelajaran Sains atau kelayakan lain yang setara dengannya.
• Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

  • Nama Program:

Asasi Perdagangan

  • Syarat Kemasukan:

i. Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 5 mata pelajaran; atau

ii. Lulus Unified examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran; atau

iii. Lulus O-LEVEL dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran; atau

iv. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia