Program Dalaman

Sila Tekan + Untuk Maklumat Lanjut

 

  • Nama Program :

    Diploma Pengurusan Pasca Tuai (Diploma In Post-Harvest Management)

  • Pengenalan Program :

    Penawaran kursus adalah bagi melahirkan pelajar yang berkualiti di peringkat diploma dalam bidang Diploma Pengurusan Pasca Tuai bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dan juga memenuhi keperluan pasaran kerja masa hadapan. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Kolej FELCRA dan kurikulum tersebut selaras dengan kurikulum kebangsaan. Program ini menitik beratkan pembelajaran kepada bidang pengurusan pasca tuai meliputi pengendalian, pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran hasil pertanian. Program ini juga menumpukan kepada pengurusan pasca-tuai hasil tanaman, penternakan dan juga perikanan. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang-bidang seumpamanya yang berkaitan selain berkebolehan untuk memenuhi keperluan pasaran perkerjaan di institusi awam mahupun swasta.

  • Jam kredit :

    90 Jam Kredit

  • Syarat Kemasukan :

    i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana matapelajaran termasuk LULUS mana-man mata pelajaran Sains dan  Matematik; atau ii. Lulus STPM atau setaraf dengan minimum gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana subjek; atau iii. Lulus Sijil Keusahawanan, Sijil Asas Perniagaan (Tahap 3, KKM) atau Sijil/Pra-Diploma atau setara dari mana-mana PPT; atau iv. Lulus Sijil Politeknik/Sijil Kolej Komuniti Tahap 3 dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setara dengannya: atau v. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam bidang berkaitan, atau vi. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh Lembaga Akademik Kolej; atau vii. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

  • Syarat Umur Kemasukan :

    Tiada

  • Tempoh Pengajian :

    5 semester

  • Prospek Kerjaya :

    Penolong Pegawai Pengurusan Pasca-Tuai/ Penolong Perladangan/ Penolong Pegawai Pertanian/ Pembantu Penyelidik/ Usahawan.

 

  • Nama Program :

    Diploma Teknologi Pertanian

  • Pengenalan Program :

    Penawaran kursus adalah bagi melahirkan pelajar yang berkualiti di peringkat diploma dalam bidang Diploma Teknologi Pertanian bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dan juga memenuhi keperluan pasaran kerja masa hadapan. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Kolej FELCRA dan kurikulum tersebut selaras dengan kurikulum kebangsaan. Program ini menitik beratkan pembelajaran kepada bidang berkaitan pertanian seperti sains tumbuhan dan haiwan, pengeluaran tanaman makanan dan ternakan, pengurusan makhluk perosak tanaman, pengurusan tanah, pengurusan ladang serta pengurusan ekonomi dan keusahawanan tani. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang-bidang seumpamanya yang berkaitan selain berkebolehan untuk memenuhi keperluan pasaran perkerjaan di institusi awam mahupun swasta.

  • Jam kredit :

    92 Jam Kredit

  • Syarat Kemasukan :

    i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan minimum 3 kepujian dalam mana-mana matapelajaran termasuk mata pelajaran Sains dan  Matematik; atau ii. Lulus Sijil Keusahawanan, atau Sijil Asas Perniagaan atau Sijil Tahap 3 yang setara dari mana-mana PPT; atau iii. Lulus Sijil Politeknik/Sijil Kolej Komuniti Tahap 3 dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setara dengannya: atau iv. Lulus SPM dengan mendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam bidang berkaitan, atau v. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh Lembaga Akademik Kolej; atau vi. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

  • Syarat Umur Kemasukan :

    Tiada

  • Tempoh Pengajian :

    5 semester

  • Prospek Kerjaya :

    Penolong Pegawai Pertanian/ Penolong Perladangan/ Penolong Juruteknologi Makmal Tani/ Pembantu Penyelidik/ Penolong Pegawai Sains/ Kadet Ladang/ Penolong Pegawai Kawalan Kualiti/ Usahawan.

 

  • Nama Program :

    Diploma Perakaunan

  • Pengenalan Program :

    Penawaran kursus adalah bagi melahirkan pelajar yang berkualiti di peringkat diploma dalam bidang Diploma Perakaunan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dan juga memenuhi keperluan pasaran kerja masa hadapan. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Kolej FELCRA dan kurikulum tersebut selaras dengan kurikulum kebangsaan. Program ini menitik beratkan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dan mampu meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran program Diploma Perakaunan yang ditawarkan oleh Kolej FELCRA. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang-bidang seumpamanya yang berkaitan selain berkebolehan untuk menjadi penolong audit dalam sektor awam dan swasta atau akaun yang di carter.

  • Jam kredit :

    93 Jam Kredit

  • Syarat Kemasukan :

    i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan minimum 3 kepujian termasuk mata pelajaran Matematik dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris; atau ii. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM; atau iii. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum Gred Maqbul dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM, atau iv. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3) dalam bidang berkaitan, dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM, atau v. Sijil atau yang setara dengannya dalam bidang yang berkaitan; atau vi. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

  • Syarat Umur Kemasukan :

    Tiada

  • Tempoh Pengajian :

    5 semester

  • Prospek Kerjaya :

    Eksekutif Perakauan / Eksekutif Perbankan / Penolong Juruaudit / Usahawan / Membuka Perniagaan Sendiri.

 

 

 

  • Nama Program :

    Diploma Pemasaran

  • Pengenalan Program :

    Penawaran kursus adalah bagi melahirkan pelajar yang berkualiti di peringkat diploma dalam bidang Diploma Pemasaran bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dan juga memenuhi keperluan pasaran kerja masa hadapan. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Kolej FELCRA dan kurikulum tersebut selaras dengan kurikulum kebangsaan. Program ini menitik beratkan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dan mampu meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran program Diploma Pemasaran yang ditawarkan oleh Kolej FELCRA. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang-bidang seumpamanya yang berkaitan selain berkebolehan untuk menguruskan perniagaan atau menceburi bidang perniagaan.

  • Jam kredit :

    92 Jam Kredit

  • Syarat Kemasukan :

    i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran, atau ii. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran, atau iii. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum Gred Maqbul, atau iv. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya tahap 3 dalam bidang berkaitan, lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran, atau v. Lulus Sijil (SKM) (Tahap 3 KKM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau vi. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

  • Syarat Umur Kemasukan :

    Tiada

  • Tempoh Pengajian :

    5 semester

  • Prospek Kerjaya :

    Eksekutif Pemasaran / Usahawan / Membuka Perniagaan Sendiri.

 

 

 

  • Nama Program :

    Diploma Pengurusan Sumber Manusia

  • Pengenalan Program :

    Program ini ditawarkan adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan meluas, teknikal, operasi dan kemahiran keusahawanan bagi membolehkan para pelajar mampu melaksanakan pengurusan dalam bidang-bidang tertentu berkaitan pengurusan sumber manusia dengan berkesan dan beretika, seterusnya dapat menyemai keinginan untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya dalam bidang pengurusan sumber manusia. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Kolej FELCRA dan kurikulum tersebut selaras dengan kurikulum kebangsaan. Program ini menitik beratkan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dan mampu meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran program Diploma Pengurusan Sumber Manusia yang ditawarkan oleh Kolej FELCRA. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang-bidang seumpamanya yang berkaitan selain berkebolehan untuk menguruskan perniagaan atau menceburi bidang perniagaan.

  • Jam kredit :

    92 Jam Kredit

  • Syarat Kemasukan :

    i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran, atau ii. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran, atau iii. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum Gred Maqbul, atau iv. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) (Tahap 3 KKM) dalam bidang berkaitan, lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran, atau v. Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau vi. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

  • Syarat Umur Kemasukan :

    Tiada

  • Tempoh Pengajian :

    5 semester

  • Prospek Kerjaya :

    Eksekutif Pengurusan Sumber Manusia.

 

 

  • Nama Program :

    Diploma Pengurusan Halal

  • Pengenalan Program :

    Program ini diwujudkan bagi membantu meningkatkan pertumbuhan industri / produk halal negara disamping melahirkan modal insan yang lebih arif dalam bidang halal dalam merialisasikan Malaysia sebagai pusat hub halal antarabangsa dan kewangan islam global.

  • Jam kredit :

    91 Jam Kredit

  • Syarat Kemasukan :

    i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran, DAN LULUS SPM dalam matapelajaran Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Quran Al-Sunnah / Syariah Islamiah / Bahasa Arab Komunikasi / Bahasa Arab Tinggi atau; ii. Lulus Sijil (Tahap 3 KKM)  dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setaraf dengannya; atau iii. Lulus SPM dengan mendapat 1 kredit dalam mana-mana matapelajaran dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 KKM dalam bidang berkaitan; atau iv. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia; v. Kelayakan lain yang setaraf dengan sijil (Tahap 3 KKM).

  • Syarat Umur Kemasukan :

    Tiada

  • Tempoh Pengajian :

    5 semester

  • Prospek Kerjaya :

    Penolong Pegawai Tadbir Agama di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri, Eksekutif Pensijilan Halal, Eksekutif Penguatkuasa Sijil Halal / Eksekutif RND dalam Produk Halal, Penolong Eksekutif di mana-mana syarikat/firma/organisasi.

  • *Ditawarkan Bergantung Kepada Kelulusan KPT
  • Nama Program :

    Diploma Pengurusan Perniagaan

  • Pengenalan Program :

    Program ini diwujudkan untuk memberikan pendidikan lengkap kepada orang ramai berkenaan kegiatan menjalankan dan mengekalkan perniagaan. Pelajar jurusan perniagaan bukan sahaja diajar berkenaan asas-asas pengurusan tetapi mereka juga akan didedahkan kepada situasi sebenar sebagai bahan kajian bagi meralisasikan prinsip-prinsip berkenaan. Pengalaman pertama yang ditimba sesungguhnya amat bermakna untuk mengenali dunia sebenar perniagaan. Program ini juga dapat menyediakan kemahiran-kemahiran penting perniagaan termasuk Pengurusan, Pemasaran, Perakaunan, Keusahawanan dan Komunikasi Perniagaan.

  • Jam kredit :

    90 Jam Kredit

  • Syarat Kemasukan :

    i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran; atau ii. Lulus Sijil Keusahawanan, Sijil Asas Perniagaan , Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau Sijil / Pra Diploma atau setara dari mana-mana Institut Pengajian Tinggi; atau iii. Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti (Tahap 3 KKM) dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setaraf dengannya; atau iv. Lulus SPM dengan mendapat 1 kredit dalam mana-mana matapelajaran dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya tahap 3 dalam bidang berkaitan; atau v. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

  • Syarat Umur Kemasukan :

    Tiada

  • Tempoh Pengajian :

    5 semester

  • Prospek Kerjaya :

    Usahawan / Membuka Syarikat Sendiri.

  • Nama Program :

    Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

  • Pengenalan Program :

    Matlamat utama penawaran kursus adalah bagi melahirkan pelajar yang berkualiti di peringkat diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama samada di IPTA atau IPTS di dalam mahupun di luar Negara. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa kurikulum dengan merujuk kepada konsultan/moderator yang dilantik dan ia selaras dengan kurikulum kebangsaan. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan bidang-bidang lain yang bersesuaian atau berkebolehan untuk menguruskan perniagaan atau menceburi bidang perniagaan.

  • Jam kredit :

    91 Jam Kredit

  • Syarat Kemasukan :

    i. Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran; atau ii. Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana matapelajaran; atau iii. Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya gred maqbul; atau iv. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3) dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak/ Prasekolah dengan sekurang-kurangnya 1 kepujian; atau v. Lulus Sijil Pendidikan Awak Kanak-Kanak (Tahap 3 KKM) yang diiktiraf atau setara dengannya; vi. Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) dalam mana-mana bidang atau setara dengannya; atau vii. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

  • Syarat Umur Kemasukan :

    Tiada

  • Tempoh Pengajian :

    6 semester

  • Prospek Kerjaya :

    Penyelia Tadika/Taska, Guru Tadika/Taska, Pembantu guru Tadika/Taska, Pengasuh, Konsultan / Penasihat Pendidikan Awal Kanak-kanak, Penulis Buku Kanak-Kanak, Usahawan Tadika/Taska Penganjur Acara Kanak-kanak, Children Story Teller.

  • Nama Program :

    Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak

  • Pengenalan Program :

    Bidang pendidikan awal kanak-kanak merupakan salah satu bidang yang penting pada masa kini. Keperluan kepada pembantu guru taska dan tadika yang berilmu amat tinggi. Justeru program ini direka bantuk agar dapat membentuk bakal pembantu guru dengan ilmu yang sesuai dengan pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak.

  • Jam kredit :

    60 jam kredit

  • Syarat Kemasukan :

    Satu kredit serta Lulus Bahasa Melayu diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • Syarat Umur Kemasukan :

    Tiada

  • Tempoh Pengajian :

    3 semester

  • Prospek Kerjaya :

    Pembantu Guru Pra Sekolah

  • Nama Program :

    Sijil Keusahawanan

  • Pengenalan Program :

    Bidang keusahawanan adalah bidang yang luas untuk diterokai kerana ianya bukan sahaja melibatkan kemahiran fizikal tetapi juga kombinasi hard-skill dan juga soft-skill melibatkan penampilan diri, kemahiran komunikasi, membina perancangan dan pelan tindakan, disiplin ilmu serta kreativiti dan inovasi. Program ini direka khusus bagi melengkapkan ilmu berkaitan perniagaan dan juga potensi individu sebagai seorang usahawan.

  • Jam Kredit :

    60 jam kredit

  • Syarat Kemasukan :

    Satu kredit serta Lulus Bahasa Melayu diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • Syarat Umur Kemasukan :

    Tiada

  • Tempoh Pengajian :

    3 semester

  • Prospek Kerjaya :

    Membuka perniagaan sendiri (usahawan)