PROGRAM SUMBANGAN ALAT TULIS KEPADA PELAJAR TINGKATAN 5

Kolej FELCRA dengan kerjasama beberapa buah sekolah di sekitar Kg, Gajah dan Teluk Intan telah mengadakan Program Sumbangan Alat Tulis kepada Pelajar Tingkatan 5 yang bertujuan untuk memberi motivasi dan semangat sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM yang bakal berjalan tidak lama lagi

Antara sekolah sekolah yang terlibat dalam Program Sumbangan Alat Tulis kepada pelajar tingkatan 5 ini ialah SMK Changkat Lada, SMK Sultan Abdullah, SMK Sg Ranggam, SMK Layang-Layang Kiri, SMK Sultan Abdul Jalil Shah, SMK Dato Abdul Rahman Yaakub dan SMK Dato Seri Maharajalela.

Disamping penyampaian sumbangan alat tulis, ceramah motivasi turut diberikan oleh Ketua Eksekutif Kolej FELCRA, Dr Zaini Bin Jamaludin kepada para pelajar dalam menaikkan semangat agar belajar bersungguh-sungguh disamping teknik menjawab soalan SPM dengan betul dan berkesan serta haja tuju selepas peperiksaan SPM.

Pihak Kolej FELCRA mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengetua, guru-guru dan kakitangan sekolah yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program anjuran Kolej Felcra ini.