DIPLOMA PENGURUSAN PASCA TUAI (MQA/PA10054-N/621/4/0038-03/2024)

 

  • Nama Program :

    Diploma Pengurusan Pasca Tuai (Diploma In Post-Harvest Management)

  • Pengenalan Program :

    Penawaran kursus adalah bagi melahirkan pelajar yang berkualiti di peringkat diploma dalam bidang Diploma Pengurusan Pasca Tuai bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dan juga memenuhi keperluan pasaran kerja masa hadapan. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Kolej FELCRA dan kurikulum tersebut selaras dengan kurikulum kebangsaan. Program ini menitik beratkan pembelajaran kepada bidang pengurusan pasca tuai meliputi pengendalian, pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran hasil pertanian. Program ini juga menumpukan kepada pengurusan pasca-tuai hasil tanaman, penternakan dan juga perikanan. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang-bidang seumpamanya yang berkaitan selain berkebolehan untuk memenuhi keperluan pasaran perkerjaan di institusi awam mahupun swasta.

  • Jam kredit :

    90 Jam Kredit

  • Syarat Kemasukan :

    i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana matapelajaran termasuk LULUS mana-man mata pelajaran Sains danĀ  Matematik; atau ii. Lulus STPM atau setaraf dengan minimum gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana subjek; atau iii. Lulus Sijil Keusahawanan, Sijil Asas Perniagaan (Tahap 3, KKM) atau Sijil/Pra-Diploma atau setara dari mana-mana PPT; atau iv. Lulus Sijil Politeknik/Sijil Kolej Komuniti Tahap 3 dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setara dengannya: atau v. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam bidang berkaitan, atau vi. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh Lembaga Akademik Kolej; atau vii. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

  • Syarat Umur Kemasukan :

    Tiada

  • Tempoh Pengajian :

    5 semester

  • Prospek Kerjaya :

    Penolong Pegawai Pengurusan Pasca-Tuai/ Penolong Perladangan/ Penolong Pegawai Pertanian/ Pembantu Penyelidik/ Usahawan.