DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (MQA/PA8166-N/143/4/0117-02/2021)

  • Nama Program :

    Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

  • Pengenalan Program :

    Matlamat utama penawaran kursus adalah bagi melahirkan pelajar yang berkualiti di peringkat diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama samada di IPTA atau IPTS di dalam mahupun di luar Negara. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa kurikulum dengan merujuk kepada konsultan/moderator yang dilantik dan ia selaras dengan kurikulum kebangsaan. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan bidang-bidang lain yang bersesuaian atau berkebolehan untuk menguruskan perniagaan atau menceburi bidang perniagaan.

  • Jam kredit :

    91 Jam Kredit

  • Syarat Kemasukan :

    i. Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran; atau ii. Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana matapelajaran; atau iii. Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya gred maqbul; atau iv. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3) dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak/ Prasekolah dengan sekurang-kurangnya 1 kepujian; atau v. Lulus Sijil Pendidikan Awak Kanak-Kanak (Tahap 3 KKM) yang diiktiraf atau setara dengannya; vi. Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) dalam mana-mana bidang atau setara dengannya; atau vii. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

  • Syarat Umur Kemasukan :

    Tiada

  • Tempoh Pengajian :

    6 semester

  • Prospek Kerjaya :

    Penyelia Tadika/Taska, Guru Tadika/Taska, Pembantu guru Tadika/Taska, Pengasuh, Konsultan / Penasihat Pendidikan Awal Kanak-kanak, Penulis Buku Kanak-Kanak, Usahawan Tadika/Taska Penganjur Acara Kanak-kanak, Children Story Teller.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *