DIPLOMA PENGURUSAN AMALAN HALAL (MQA/PA9257-N/345/4/1070-12/2022)

  • Nama Program :

    Diploma Pengurusan Halal

  • Pengenalan Program :

    Program ini diwujudkan bagi membantu meningkatkan pertumbuhan industri / produk halal negara disamping melahirkan modal insan yang lebih arif dalam bidang halal dalam merialisasikan Malaysia sebagai pusat hub halal antarabangsa dan kewangan islam global.

  • Jam kredit :

    91 Jam Kredit

  • Syarat Kemasukan :

    i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran, DAN LULUS SPM dalam matapelajaran Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Quran Al-Sunnah / Syariah Islamiah / Bahasa Arab Komunikasi / Bahasa Arab Tinggi atau; ii. Lulus Sijil (Tahap 3 KKM)  dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setaraf dengannya; atau iii. Lulus SPM dengan mendapat 1 kredit dalam mana-mana matapelajaran dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 KKM dalam bidang berkaitan; atau iv. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia; v. Kelayakan lain yang setaraf dengan sijil (Tahap 3 KKM).

  • Syarat Umur Kemasukan :

    Tiada

  • Tempoh Pengajian :

    5 semester

  • Prospek Kerjaya :

    Penolong Pegawai Tadbir Agama di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri, Eksekutif Pensijilan Halal, Eksekutif Penguatkuasa Sijil Halal / Eksekutif RND dalam Produk Halal, Penolong Eksekutif di mana-mana syarikat/firma/organisasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *