DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN (MQA/PA8475-N/345/4/0003-05/2022)

  • Nama Program :

    Diploma Pengurusan Perniagaan

  • Pengenalan Program :

    Program ini diwujudkan untuk memberikan pendidikan lengkap kepada orang ramai berkenaan kegiatan menjalankan dan mengekalkan perniagaan. Pelajar jurusan perniagaan bukan sahaja diajar berkenaan asas-asas pengurusan tetapi mereka juga akan didedahkan kepada situasi sebenar sebagai bahan kajian bagi meralisasikan prinsip-prinsip berkenaan. Pengalaman pertama yang ditimba sesungguhnya amat bermakna untuk mengenali dunia sebenar perniagaan. Program ini juga dapat menyediakan kemahiran-kemahiran penting perniagaan termasuk Pengurusan, Pemasaran, Perakaunan, Keusahawanan dan Komunikasi Perniagaan.

  • Jam kredit :

    90 Jam Kredit

  • Syarat Kemasukan :

    i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran; atau ii. Lulus Sijil Keusahawanan, Sijil Asas Perniagaan , Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau Sijil / Pra Diploma atau setara dari mana-mana Institut Pengajian Tinggi; atau iii. Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti (Tahap 3 KKM) dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setaraf dengannya; atau iv. Lulus SPM dengan mendapat 1 kredit dalam mana-mana matapelajaran dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya tahap 3 dalam bidang berkaitan; atau v. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

  • Syarat Umur Kemasukan :

    Tiada

  • Tempoh Pengajian :

    5 semester

  • Prospek Kerjaya :

    Usahawan / Membuka Syarikat Sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *