DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (MQA/PA9155-N/345/4/1065-08/2022)

 

  • Nama Program :

    Diploma Pengurusan Sumber Manusia

  • Pengenalan Program :

    Program ini ditawarkan adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan meluas, teknikal, operasi dan kemahiran keusahawanan bagi membolehkan para pelajar mampu melaksanakan pengurusan dalam bidang-bidang tertentu berkaitan pengurusan sumber manusia dengan berkesan dan beretika, seterusnya dapat menyemai keinginan untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya dalam bidang pengurusan sumber manusia. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Kolej FELCRA dan kurikulum tersebut selaras dengan kurikulum kebangsaan. Program ini menitik beratkan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dan mampu meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran program Diploma Pengurusan Sumber Manusia yang ditawarkan oleh Kolej FELCRA. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang-bidang seumpamanya yang berkaitan selain berkebolehan untuk menguruskan perniagaan atau menceburi bidang perniagaan.

  • Jam kredit :

    92 Jam Kredit

  • Syarat Kemasukan :

    i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran, atau ii. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran, atau iii. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum Gred Maqbul, atau iv. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) (Tahap 3 KKM) dalam bidang berkaitan, lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran, atau v. Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau vi. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

  • Syarat Umur Kemasukan :

    Tiada

  • Tempoh Pengajian :

    5 semester

  • Prospek Kerjaya :

    Eksekutif Pengurusan Sumber Manusia.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *