DIPLOMA PERAKAUNAN (MQA/PA9158-N/344/4/0514-08/2022)

 

  • Nama Program :

    Diploma Perakaunan

  • Pengenalan Program :

    Penawaran kursus adalah bagi melahirkan pelajar yang berkualiti di peringkat diploma dalam bidang Diploma Perakaunan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dan juga memenuhi keperluan pasaran kerja masa hadapan. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Kolej FELCRA dan kurikulum tersebut selaras dengan kurikulum kebangsaan. Program ini menitik beratkan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dan mampu meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran program Diploma Perakaunan yang ditawarkan oleh Kolej FELCRA. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang-bidang seumpamanya yang berkaitan selain berkebolehan untuk menjadi penolong audit dalam sektor awam dan swasta atau akaun yang di carter.

  • Jam kredit :

    93 Jam Kredit

  • Syarat Kemasukan :

    i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan minimum 3 kepujian termasuk mata pelajaran Matematik dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris; atau ii. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM; atau iii. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum Gred Maqbul dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM, atau iv. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3) dalam bidang berkaitan, dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM, atau v. Sijil atau yang setara dengannya dalam bidang yang berkaitan; atau vi. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

  • Syarat Umur Kemasukan :

    Tiada

  • Tempoh Pengajian :

    5 semester

  • Prospek Kerjaya :

    Eksekutif Perakauan / Eksekutif Perbankan / Penolong Juruaudit / Usahawan / Membuka Perniagaan Sendiri.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *