DIPLOMA TEKNOLOGI PERTANIAN (MQA/PA9159-N/621/4/0037-03/2024)

 

  • Nama Program :

    Diploma Teknologi Pertanian

  • Pengenalan Program :

    Penawaran kursus adalah bagi melahirkan pelajar yang berkualiti di peringkat diploma dalam bidang Diploma Teknologi Pertanian bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dan juga memenuhi keperluan pasaran kerja masa hadapan. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Kolej FELCRA dan kurikulum tersebut selaras dengan kurikulum kebangsaan. Program ini menitik beratkan pembelajaran kepada bidang berkaitan pertanian seperti sains tumbuhan dan haiwan, pengeluaran tanaman makanan dan ternakan, pengurusan makhluk perosak tanaman, pengurusan tanah, pengurusan ladang serta pengurusan ekonomi dan keusahawanan tani. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang-bidang seumpamanya yang berkaitan selain berkebolehan untuk memenuhi keperluan pasaran perkerjaan di institusi awam mahupun swasta.

  • Jam kredit :

    92 Jam Kredit

  • Syarat Kemasukan :

    i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan minimum 3 kepujian dalam mana-mana matapelajaran termasuk mata pelajaran Sains danĀ  Matematik; atau ii. Lulus Sijil Keusahawanan, atau Sijil Asas Perniagaan atau Sijil Tahap 3 yang setara dari mana-mana PPT; atau iii. Lulus Sijil Politeknik/Sijil Kolej Komuniti Tahap 3 dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setara dengannya: atau iv. Lulus SPM dengan mendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam bidang berkaitan, atau v. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh Lembaga Akademik Kolej; atau vi. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

  • Syarat Umur Kemasukan :

    Tiada

  • Tempoh Pengajian :

    5 semester

  • Prospek Kerjaya :

    Penolong Pegawai Pertanian/ Penolong Perladangan/ Penolong Juruteknologi Makmal Tani/ Pembantu Penyelidik/ Penolong Pegawai Sains/ Kadet Ladang/ Penolong Pegawai Kawalan Kualiti/ Usahawan.