INFAQ PENDIDIKAN @ KOLEJ FELCRA

Infaq membawa maksud membelanjakan harta kepada yang berhajat(Al-Jurjani). Dalam Surah al-Baqarah (2:3), Allah SWT berfirman:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Maksudnya: (Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunaikan solat dan mereka memberi infaq apa yang kami rezekikan kepada mereka.

Perkataan ‘ينفقون’ dalam ayat ini, menurut pilihan Imam al-Tabari, merujuk kepada pensyariatan zakat dan pemberian nafkah kepada ahli keluarga yang ditanggung. (Rujuk Jami’ al-Bayan 1/244). Jadi, dapat disimpulkan bahawa maksud infaq dan sedekah itu adalah sama atau sinonim.

Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Bahasa Arab: صدقة‎) yang bermaksud benar.
Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.


 

Jom suburkan amalan sedekah sebagai sebahagian daripada kehidupan kita semua.

Semoga kita termasuk di kalangan sebahagian hambaNya yang gemar memberi dan mudah-mudahan amal kebajikan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah SWT.

Agihan dana ini dibuat bagi membantu pelajar Kolej FELCRA bagi tujuan dan perincian skim seperti berikut:-

SKIM BANTUAN UMUM

Membantu kewangan pelajar dalam aspek kelangsungan dalam proses pengajaran & pembelajaran (PdP) yang merangkumi bantuan bagi kes-kes seperti kecemasan, perubatan, bencana alam dan lain-lain kes yang difikirkan rasional oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Biasiswa Pelajar. 

Rekod Bantuan 1 Januari 2022 sehingga 30 Mei 2022 :

Skim Bantuan Kematian Ibu/Bapa/Penjaga 2 Kes
Skim Bantuan Bencana Banjir : 1 Kes, Pendemik Covid-19 : 6 Kes
Kos Perubatan  1 Kes

SKIM BANTUAN PENGURANGAN YURAN PENGAJIAN

Membantu kewangan pelajar dalam aspek kelangsungan dalam proses pengajaran & pembelajaran (PdP) dalam aspek mengurangkan bebanan yuran pengajian pelajar yang mengalami masalah kewangan.

Permohonan Penangguhan Bayaran Yuran oleh Pelajar Kolej FELCRA secara purata 5 permohonan sebulan dengan jumlah RM500 ke atas bagi setiap permohonan.

Masalah Yang Dihadapi Para Pelajar Kolej Felcra:

 Masalah Kewangan

  • Tiada Duit Yang Mencukupi Untuk Sara Diri
  • Tiada Duit Yang Mencukupi Untuk Membayar Yuran Asrama
  • Pelajar Sijil Tiada Sumber Pembiayaan Untuk Membayar Yuran Pengajian

Implikasi:

 - Berhenti Belajar

Penyelesaian:

- Mencari Dana Untuk Membantu

 

SKIM BANTUAN MAKANAN

  1. Membantu kewangan pelajar dalam aspek kelangsungan dalam proses pengajaran & pembelajaran (PdP) dalam aspek untuk mendapatkan sumber makanan.
  2. Menjadi salah satu kaedah Tabung Gerobok Berkat Kolej FELCRA untuk memperolehi sumber kewangan tabung bagi membantu golongan pelajar yang mengalami kesusahan. Mereka boleh mengambil makanan & keperluan harian yang disediakan di Tabung Gerobok Berkat semasa mereka melanjutkan pengajian di Kolej FELCRA.
  3.  Anggaran Kos Makan/Sara Diri Seorang Pelajar

    Waktu Harga
    Sarapan RM2
    Makan Tengahari RM5
    Makan Malam RM5
    JUMLAH (Sehari) RM12/ seorang

    Seorang x sebulan (30 hari) = RM12 x 30 = RM360

    Tajaan makanan kepada pelajar yang kurang berkemampuan sehingga 30 Mei 2022 seramai 2 orang.

SKIM PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR

Skim ini memberi bantuan kewangan bagi menampung sebarang program/aktiviti pembangunan pelajar yang meliputi aspek sukan, sosial, kebudayaan, kerohanian, kepimpinan, keusahawanan dan lain-lain aktiviti pembangunan pelajar.

Bil Tarikh Perkara
1. 14-15/01/2022 Misi Bantuan Banjir ke Hulu Langat, Selangor
2. 21-22/01/2022 Misi Bantuan Banjir ke Temerloh, Pahang
3. 18/2/2022 Program Fiqh Wanita
4. 23/2/2022 Kuliah Maghrib oleh Ustaz / PU Yeop
5. 25/2/2022 Kelas Iqra` Siri II
6. 8/3/2022 Kempen Kesedaran Kesihatan Mental
7. 15/3/2022 Program Khidmat Masyarakat Gotong – Royong Mencantikkan Kemudahan Sukan
8. 1/4/2022 Fiqh Wanita Siri II
9. 2/4/2022 Program Gotong-Royong Asrama
10. 3/4 – 2/5/2022 Program Ihya’ Ramadhan
11. 14/4/2022 Program Berbuka Puasa
12. 22/4/2022 Program Bubur Lambuk

LAFAZ INFAQ

 “Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah wang yang diinfaqkan) atas nama (niat infaq atas nama siapa) untuk Infaq Pendidikan di Kolej FELCRA kerana Allah SWT”.

Selepas membaca akad ini, anda boleh  membuat transaksi infaq secara atas talian dengan menekan butang "Tekan Disini" di bawah.