UCAPAN KETUA EKSEKUTIF

Profil

Ucapan Ketua Eksekutif

Kolej FELCRA merupakan sebuah IPT milik penuh FELCRA Berhad. Kolej FELCRA diwujudkan dalam merealisasikan hasrat kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat ilmu bagi peringkat serantau.

Penubuhan Kolej FELCRA bertujuan bagi mengembangkan obligasi sosial dan imej korporat FELCRA Berhad melalui penawaran program-program sijil, pra diploma dan diploma kepada generasi FELCRA dan secara amnya kepada masyarakat luar bandar. Dengan keluasan 5068 per segi menjadikan Kolej FELCRA sebagai satu kampus bagi mahasiswa dalam menyokong proses pembelajaran dan latihan yang kondusif.

Justeru, dalam menggalas tanggungjawab melahirkan graduan yang seimbang menerusi korikulum bersepadu menggabungkan kemahiran insaniah dalam kemahiran akademik. Kolej FELCRA menyasarkan untuk menaik taraf status berkolej universiti dan kini meluaskan skop penglibatan sebuah institusi pendidikan tinggi, Kolej FELCRA telah merangka perancangan strategik yang seiring dengan curah kata “Membina Masa Hadapan Dengan Pendidikan”